Welcome To Our Home...!!!

We like to thanks to who visit our blog, may any idea from all friends can make us become one happy family..(^,^)

Friday, May 13, 2011

Mahasiswa Bercuti - Apa yang kebiasaannya di lakukan? (Part 1)

Setiap mahasiswa di Malaysia masih beruntung kerana masih berpeluang merasakan cuti, walaupun ada sesetengah di antara mereka masih terikat dengan short-sem dan juga kursus-kursus yang perlu di ambil bagi melengkapkan jam kredit. Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh para mahasiswa dalam waktu cuti ini tambahan lagi cuti semester kali ini agak lama berbanding semester-semester yang sebelumnya iaitu selama lebih kurang 4 bulan. Oleh itu, cuti yang lama ini dilihat oleh mahasiswa sebagai satu peluang yang mereka perolehi bagi menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti dan paling kurangya pun menghabiskan masa bersama keluarga dan menolong keluarga di rumah..  Justeru di sini, pada pandangan saya sendiri ingin menyenaraikan kembali aktiviti-aktiviti kebiasaannya yang dilaksanakan oleh Mahasiswa dan kemudian nanti sama-sama saya dan anda cuba mengupas dan memikirkan kembali pro dan kontra perkara tersebut.

1. Bekerja sambilan atau sepenuh masa


2. Menolong ibu bapa di rumah


3. Melancong


4. Berkebun atau bercucuk tanam


5. Melibatkan diri dengan program Badan Bukan Kerajaan dan persatuan


6. Menjadi sukarelawan


7. Menghadiri kelas-kelas meningkatkan pelbagai kemahiran


8. Balik ke kampung nenek atau atok


9. Menghabiskan novel dan menonton cerita yang diminati


10. Melibatkan diri dengan aktiviti desa


11. Hanya duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa


12. Lepak-lepak di simpang jalan


13. Berniaga



Ini antara aktiviti yang saya fikir rasional akan dilakukan oleh segelintir mahasiswa. Jadi jika ada cadangan aktivit lain yang tidak tersenarai, sila maklumbalas di komen. Kemudian nanti kita akan membincangkan kembali aktivit apa yang terbaik dan patut dilakukan oleh mahasiswa dan aktivit apa yang seharusnya dihindari oleh mahasiswa. Nantikan bahagian ke 2 perbincangan kita ini.. terima kasih =)

No comments:

Post a Comment